Bersatu akan dapatkan penjelasan PM berhubung MoU – Muhyiddin

Dari Penulis

PRESIDEN Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan mendapatkan penjelasan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kedudukan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata dalam pertemuan pimpinan Perikatan Nasional (PN) dengan Ismail Sabri minggu lepas, perkara itu ada dibincangkan dan dimaklumkan tiada apa-apa perundingan perlu dibuat berhubung MoU tersebut.

“Jadi saya setuju dengan pendirian itu tetapi hari ini, ada keputusan yang agak berbeza.

“Kita akan dapatkan penjelasan adakah dia (Ismail Sabri) nak berhenti atau lanjut lagi… wallahualam,” katanya kepada media selepas meninjau keadaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini susulan pembukaan semula sempadan negara pada 1 April lepas.

Beliau mengulas keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO semalam bahawa MoU itu tidak akan diteruskan selepas tamat pada 31 Julai ini.

BERITA BERKAITAN Semua parti pembangkang diminta tanda tangan MoU transformasi dan kestabilan politik – Mahdzir

Pada 13 Sept 2021, kerajaan memeterai MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani oleh Perdana Menteri dan pemimpin parti dalam PH iaitu Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP ketika itu Lim Guan Eng, Presiden Parti Amanah Mohamad Sabu dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

MoU itu merangkumi enam perkara iaitu Pemerkasaan Pelan COVID-19, Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 serta Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

 Ismail Sabri hari ini dilaporkan berkata beliau akan akur dengan keputusan itu kerana sebagai Naib Presiden UMNO, beliau tertakluk kepada keputusan yang dibuat oleh MT parti berkenaan.

Ditanya mengenai MT UMNO yang sebulat suara mencadangkan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-15, Muhyiddin berkata perkara itu adalah soal parti berkenaan dan PN tidak mengambil pendirian serupa.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This