SINGLE Cinta Sampai Mati yang meraih 26 juta tontonan di saluran YouTube dalam tempoh dua bulan telah berjaya memperkenalkan nama penyanyi berasal dari Jawa Barat, Indonesia iaitu Raffa Affar,20, di negara ini.
Malah, lirik ‘dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa’ kerap kedengaran di media sosial TikTok dan Instagram. Raffa turut mengumpul empat juta pengikut di TikTok.
Single sulungnya itu merupakan ciptaan Ayu Rizki Yani, isteri kepada Dodhy gitaris kumpulan Kangen Band dan di lancarkan di bawah label muzik Hayat Kreatif Studio untuk pasaran Malaysia, Brunei serta Singapura.
Manakala untuk pasaran di Indonesia dan lain-lain negara di lancarkan dibawah label muzik Botram Media Entertainment.
“Pada asalnya , single ini diberi judul Dengarkanlah oleh penulis lirik sebelum diputuskan oleh label Botram Media Entertainment untuk judul yang lebih ‘universal’.
“Saya mahu lagu ini mesejnya sampai yang mempunyai maksud cinta kepada kedua ibu bapa yang masih ada mahupun yang telah tiada, keluarga atau pasangan.
“Maka terciptalah judul baru yang mempunyai lirik baru dalam lagu ini seperti ‘Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa. Oleh itu , menjelang pelancaran lagu ini, diberi judul Cinta Sampai Mati,” katanya.
Single tersebut antara single pertama berkolaborasi di antara Hayat Kreatif Studio dengan Botram Media Entertaintment.
“Saya telah cuba hasilkan genre musik yang sedikit berbeza dengan lagu-lagu viral.
“Saya harap kehadiran saya ini mampu memberi nuansa baru, dan saat ini lagu Cinta Sampai Mati sudah boleh dinikmati di seluruh platform muzik dan boleh ditonton video muziknya di saluran youtube Hayat Kreatif Studio,” tuturnya.
Hayat Kreatif Studio bertindak sebagai pengedar single ini secara jualan digital di platform streaming, Youtube dan iTunes di Malaysia, Singapura & Brunei .

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

