Polis cari pemandu kereta lawan arus dekat Rantau Abang

Dari Penulis

POLIS Dungun kini mengesan pemilik kereta berwarna kelabu selepas bertindak memandu melawan arus ketika melalui Jalan Rantau Abang-Tanjung Jara, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata,pihaknya menerima aduan kira-kira pukul 3.38 petang selepas satu rakaman klip video dimuat naik di laman Facebook Kumpulan Komuniti Dungun tular.

“Rakaman yang dimuat naik oleh pengguna Facebook dengan nama Cik Ka memaparkan sebuah kereta dengan model dan nombor pendaftaran yang tidak dapat dipastikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca artikel berkaitan: Buruh tunjuk aksi ‘wheelie’ dekat Kuala Terengganu dicekup polis

Tambahnya, pengadu telah menjadikan rakaman video sebagai maklumat pertama bagi siasatan polis oleh kerana tindakan pemandu tersebut membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

“Polis telah meneliti rakaman video terbabit dan melawat lokasi kejadian. Seterusnya menghubungi pengguna Facebook yang memuat naik rakaman terbabit bagi mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, Baharudin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut tampil menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sentiasa bersedia, fenomena El Nino sebabkan cuaca lebih panas dan kering – Ahmad Zahid

SELURUH rakyat dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dan peka terhadap perkembangan cuaca semasa ekoran fenomena El Nino dalam tempoh terdekat. Timbalan...

More Articles Like This