SEORANG kanak-kanak lelaki berusia empat tahun terpaksa menahan sakit selepas tersepit ibu jari tangan kanan di tombol pintu dalam satu kejadian petang tadi.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.47 petang tadi dan sepasukan lima anggota dari Balai Bomba Penyelamat Pandan Indah telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
Baca artikel berkaitan: Lelaki berpaut pada Myvi merah selepas rasa diri terancam
Katanya pihak bomba tiba ke unit kecemasan Hospital Ampang dekat Jalan Pandan Mewah, lima minit kemudian.
“Jari mangsa berjaya dikeluarkan dalam tempoh 10 minit menggunakan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, kanak-kanak itu kemudian telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram