LEMBAGA Tabung Haji (Tabung Haji) akan membuka permohonan rayuan untuk mengerjakan ibadah haji melalui aplikasi THiJARI bagi tahun 1443H/2022 mulai esok sehingga 18 Mei depan.
Permohonan secara dalam talian itu merupakan kemudahan yang disediakan Tabung Haji bagi membantu orang ramai membuat rayuan tanpa perlu menghantar surat secara fizikal.
Pengarah Eksekutif Haji Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman memaklumkan, pihaknya membuka permohonan rayuan haji sebelum jumlah kuota diumumkan.
Menurut beliau, perkara itu dilakukan sebagai langkah mengelakkan proses rayuan haji dilakukan pada saat-saat akhir.
“Pemilihan rayuan haji dilakukan berpandukan kriteria-kriteria tertentu dengan rayuan mahram diberikan keutamaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Jangan percaya taktik panggilan telefon pindah wang – Tabung Haji
Aplikasi THiJARI boleh dimuat naik secara percuma daripada Google Play atau App Store.
Ia akan memudahkan pendeposit untuk membuat rayuan haji, membuat semakan status haji dan juga pertanyaan baki simpanan.
Pendeposit hanya perlu melakukan tiga langkah sahaja untuk mendaftar sebagai pengguna di laman web THiJARI iaitu mendapatkan capaian melalui www.thijari.com.my; memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun Tabung Haji serta memasukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftar dan maklumat peribadi.
Sebaik selesai, pendeposit boleh mula menggunakan perkhidmatan THiJARI.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

