Tun M terkejut pembangunan Malaysia di belakang negara Afrika

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan rasa terkejut kerana pembangunan negara disifatkannya kini berada di belakang beberapa negara di benua Afrika.

Menurut Dr. Mahathir, beliau bersedia menerima bahawa Malaysia telah ketinggalan di belakang Indonesia dan Vietnam dari segi pembangunan.

Malah, kata beliau, negara sentiasa berada di belakang Singapura.

Namun begitu, Dr. Mahathir menyifatkan terkejut apabila mendapati ada beberapa negara Afrika telah pun mendahului Malaysia.

Jelas beliau, negara tidak bersedia untuk menggunapakai teknologi terkini untuk mencapai kecekapan dan mengehadkan rasuah.

“Kita menolak teknologi ini kerana ia mungkin akan mendedahkan salah laku ahli-ahli Parlimen.

“Saya diberitahu, sekiranya kita mengguna pakai teknologi terbaharu ini, ramai ahli Parlimen akan membantah mungkin kerana ramai daripada mereka yang terlibat dalam perniagaan import dan eksport.

“Jadi, negara berterusan kehilangan banyak wang kerana kita menolak cara pengurusan yang lebih baik.

“Tetapi negara-negara Afrika menjimatkan berbilion-bilion kerana pengurusan mereka dan menggunakan peralatan baharu itu dengan lebih cekap. Mereka sudah mendahului kita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan Dr. Mahathir dimuat naik ke akaun Twitter rasmi miliknya.

Baca artikel berkaitan: Sekali lagi, Tun Mahathir bidas Najib

Kenyataan itu turut dimuat naik ke akaun media sosial rasmi beliau.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak mendedahkan apakah teknologi yang diperkatakannya.

Dalam nada sinis, Dr. Mahathir turut memaklumkan tiada apa yang hendak dimalukan kerana Malaysia sudah dipintas negara Afrika.

“Bukankah kita telah diberitahu bahawa mencuri wang kerajaan bukanlah sesuatu yang patut kita malu. Kalau bos kita buat, tak apa.

“Lagi pun bos beri sikit ‘habuk’ kepada kita. Begitulah pemurahnya bos. Kita telah menunjukkan penghargaan dengan menyokong parti bos. Mereka mungkin tanpa segan silu mencuri lebih banyak wang dan memberi kita sedikit sebagai penghargaan. Tak mengapa.

“Jangan pakai teknologi baharu kerana boleh sebabkan ahli Parlimen kehilangan wang. Tolaklah. Biarlah negara muflis, negara kehilangan wang, anda tidak rugi. Tak mengapa,” katanya secara sinis.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hakim tak sihat, keputusan kes Syed Saddiq ditangguh 13 Julai

KEPUTUSAN rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung empat pertuduhan kes pecah...

More Articles Like This