Ifa Raziah terima sijil Malaysia Book of Records, acara jualan terpanjang 75 jam tanpa henti!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI dan pengacara popular Ifa Raziah menerima pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records (MBOR) selepas acara jualan StarVendors Mega Raya Fest yang dianjurkannya berjaya mencipta rekod pengannjuran terpanjang iaitu selama 75 jam tanpa henti.

StarVendors Mega Raya Fest yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada 22 hingga 25 April lalu itu sekali gus diiktiraf sebagai acara festival raya tanpa henti paling lama pernah dianjurkan di tanah air.

Ifa yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif StarVendors meluahkan rasa terharu dengan pengiktirafan itu dan tidak menjangka sambutan yang diterima amat luar biasa.

“Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang terbabit dan juga kepada pengunjung yang tidak hetni-henti membeli di StarVendors Mega Raya Fest 2022.

“Tujuan utama StarVendors ini adalah untuk memberi platform kepada usahawan berniaga. Tidak kira bangsa apa sekalipun yang mahu berniaga bersama kita bulan Ramadan ini selepas tidak mampu berbuat demikian susulan pandemik Covid-19,” katanya kepada URTV.

Difahamkan, seramai 2.8 juta pengunjung hadir memberi sokongan dengan membeli barangan yang dijual di StarVendors Mega Raya.

Tahun lalu, acara yang sama itu terpaksa dibatalkan selepas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 7 Mei sehingga 20 Mei 2021 iaitu sehari sebelum penganjuran festival raya berkenaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This