syarat dan waktu berdoa

Sering kali kita tertanya-tanya kenapa doa kita masih tidak dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Apakah kerana  dosa lampau yang menghalang atau masih tidak sempurnakah  ibadah yang  kita lakukan.  Atau mungkin, belum tiba masanya untuk Allah mengurniakan  apa yang kita pinta. Hakikatnya,  Allah lebih tahu  bila  masa yang sesuai  untuk doa tersebut dimakbulkan.  Sebagai makhluknya,  teruskanlah berdoa dan tidak berputus asa kerana  yakinlah, Allah pernah berkata,  “Berdoalah, nescaya aku kabulkan.” Justeru buatlah yang terbaik agar rahmat Allah terus melimpah. 

Pun begitu dalam ikhtiar agar doa dimakbulkan, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira untuk  kita ‘menyemak’  kembali, mana-mana ‘tempat’  yang mungkin menghalang doa dari dimakbulkan. Antaranya:

Pertama: Lihatlah pada makanan yang  kita ambil. Halalkah? 

Kedua: Pastikah rezeki yang kita peroleh bersih dan puncanya halal?

Ketiga: Apakah kita yakin bahawa kita tidak melakukan maksiat?

Keempat: Apakah ada prasangka buruk kita kepada Allah gara-gara Allah tidak memakbulkan doa yang dipinta?  Jika ada, buangkanlah jauh dari fikiran.  

Apa pun,  sebagai makluman,  ada beberapa tempat  dan waktu yang disenaraikan  sebagai waktu yang baik untuk berdoa, sekalipun  berdoa itu boleh dilakukan pada bila-bila masa. Antaranya ialah:   

  1. Pada malam qadar iaitu 10 terakhir dalam bulan Ramadan.
  2. Pada hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah ketika jemaah haji melakukan wuquf di Arafah.
  3. Pada bulan Ramadan.
  4. Pada malam Jumaat.
  5. Pada hari Jumaat.
  6. Waktu Jumaat lebih-lebih lagi ketika imam duduk di mimbar sehingga imam mengucapkan salam.
  7. Pada tengah malam.
  8. Ketika seperdua malam yang kedua sekitar jam 12 malam.
  9. Sepertiga malam yang pertama sekitar jam enam hingga sepuluh malam.
  10. Sepertiga malam yang terakhir iaitu selepas jam dua pagi.
  11. Pada waktu sahur sebelum fajar terbit.
  12. Sesudah berwuduk.
  13. Ketika orang azan untuk solat.
  14. Antara azan dan iqamat
  15. Ketika orang mengucapkan iqamat
  16. Ketika berbaris menuju medan perang sabil.
  17. Dalam pertempuran di medan perang.
  18. Pada akhir tiap-tiap solat fardu.
  19. Pada waktu sedang sujud tidak kira di dalam solat mahupun di luar solat.
  20. Ketika sedang  membaca al-Quran.
  21. Setelah tamat membaca al-Quran.
  22. Ketika minum air zamzam.
  23. Pada waktu ayam jantan berkokok iaitu di pagi hari.
  24. Pada saat berkumpulnya kaum Muslimin kerana agama.
  25. Pada waktu berkumpul untuk berzikir iaitu secara berkumpulan untuk menyebut kebesaran Allah, bertakbir, bertahmid dan bertasbih atau berkumpul membaca dan mempelajari al-Quran dan juga menerima pelajaran agama Islam.
  26. Ketika menutupkan mata orang yang telah mati.
  27. Ketika hujan turun dengan lebat

____________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare