Tangkap layar video berdurasi 25 saat yang tular dalam media sosial memaparkan seorang pelajar dipukul beramai-beramai di sebuah sekolah di Langkawi.

SERAMAI 13 pelajar sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Langkawi yang ditahan semalam dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Kesemua 13 pelajar tingkatan empat itu telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pukul pelajar lain yang tular menerusi rakaman video di media sosial.

Memetik laporan BH Online, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari memaklumkan, semua pelajar itu dibebaskan selepas keterangan selesai dirakam.

“Rakaman percakapan sudah selesai dan pagi ini, mereka dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Semalam, media melaporkan seramai 13 pelajar tingkatan empat telah ditahan polis susulan kes seorang pelajar lelaki yang dipukul beberapa pelajar lain tular menerusi satu rakaman video sejak awal pagi.

Seramai 12 pelajar telah ditahan pada pukul 12.30 tengah hari manakala seorang lagi ditahan pada pukul 3 petang, semalam.

Baca artikel berkaitan: Pukul murid di Langkawi, 13 pelajar Tingkatan 4 ditahan

Dalam video berdurasi 25 saat yang tular itu, sekumpulan pelajar dilihat menumbuk, menendang dan menolak mangsa sehingga terjatuh.

Mangsa yang terbaring di lantai turut dicampak dengan meja dalam kejadian difahamkan berlaku dalam sebuah kelas di sekolah terbabit.

Kejadian yang disahkan berlaku di sebuah SMK di Langkawi pada pukul 9 pagi kelmarin dipercayai akibat perselisihan faham antara mangsa dengan pelajar lain.

Mangsa telah dirujuk ke hospital sebaik menerima laporan polis dan hasil pemeriksanaan mendapati tiada kecederaan fizikal pada mangsa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram