- Gambar fail Bernama

PERSEORANGAN badminton utama Malaysia, Lee Zii Jia mara ke pusingan akhir selepas menewaskan pemain China, Weng Hong Yang pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 di Kompleks Sukan Muntinlupa, Manila, Filipina, hari ini.

Dalam aksi separuh akhir, pemain ketujuh dunia, Zii Jia mencatatkan kemenangan meyakinkan dalam set pertama menentang Hong Yang dengan mencatat mata 21-11 sebelum menang tipis pada set seterusnya dengan kelebihan dua mata, 21-19 untuk mara ke final kejohanan itu.

Dalam perlawanan final esok, Zii Jia akan berdepan Jonathan Christie dari Indonesia yang menewaskan rakan senegaranya, Chico Aura Dwi Wardoyo dalam satu lagi perlawanan separuh akhir hari ini.

Sementara itu, pasangan bergu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik juga berjaya memasuki final BAC 2002 selepas menewaskan pasangan rakan negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin dalam perlawanan separuh akhir hari ini.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik juga memenangi perlawanan hari ini dengan straight set apabila menewaskan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin dengan mata 21-13 pada pusingan pertama dan 21-15 dalam perlawanan pusingan kedua.

Kemaraan ke final ini merupakan kejayaan pertama mereka memasuki pusingan akhir selepas hampir setahun tidak melakukannya dengan kali terakhir mereka memasuki final adalah pada kejohanan Thailand Open pada Januari tahun lepas. – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram