
LIMA peniaga di kawasan perniagaan Felda Ulu Tebrau, Johor Bahru yang ‘kehilangan’ gerai mereka akibat kebakaran bulan lalu kini sudah boleh kembali mengukir senyuman.
Ini selepas kesemua gerai yang musnah dalam kebakaran itu telah berjaya disiapkan semula dalam tempoh kurang sebulan setelah insiden tersebut.
Pembinaan semula gerai berkenaan telah dibiayai sepenuhnya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).
Dalam hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, majlis penyerahan kunci gerai itu telah disempurnakan Tengku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim sebagai wakil rasmi Sultan Johor, hari ini.
Menurut hantaran tersebut, Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan perkakas elektrik kepada tiga peniaga yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan.
Perkakas elektrik tersebut merangkumi peti sejuk, dapur gas dan dua tong gas.
Baca artikel berkaitan: Sultan Johor biaya kos bina semula gerai terbakar di Felda Ulu Tebrau
Gerai-gerai baharu yang dibina semula itu bukan sahaja selesa malah turut dilengkapi tandas serta sistem pendawaian elektrik bersama lampu dan kipas.
“Sambutan Aidilfitri pada tahun ini pastinya mencatatkan satu lembaran sejarah yang tidak dapat dilupakan oleh lima peniaga di kawasan perniagaan Felda Ulu Tebrau, Johor Bahru.
“Jika pendapatan mereka sebelum ini terjejas selepas gerai-gerai disewa musnah dalam kebarakan pada kejadian akhir Mac lalu, kini peniaga terbabit dapat meneruskan semula perniagaan mereka,” menurut hantaran itu hari ini.
27 Mac lalu, Sultan Ibrahim berkenan berangkat melawat kawasan kejadian kebakaran tersebut dan sempat meluangkan masa kira-kira 30 minit bertemu peniaga yang terjejas.
Sultan Johor turut berkenan membiayai semula kos pembinaan menerusi YSIJ dengan baginda sendiri merekabentuk gerai terbabit.
Kejadian kebakaran itu memusnahkan tiga kedai makan, dan masing-masing sebuah kedai menjual peralatan tulis serta kedai basikal.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram