PEJABAT Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor atau Royal Press Office (RPO) mengesan terdapat pelbagai akaun video palsu TikTok menyamar menggunakan suara Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
RPO dalam hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberitahu, video palsu itu dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) memaparkan suara Seri Paduka.
Menurut RPO, video tersebut disebarkan kononnya berkaitan bantuan kewangan bersempena Ramadan kepada orang ramai.
“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun-akaun palsu ini.
“Ia sering digunakan oleh scammer untuk tujuan penipuan di platform media sosial.
“RPO ingin menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang,” katanya dalam hantaran itu.

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

