Trafik sesak 12 km menuju Jelebu, lebuh raya ke selatan perlahan

Dari Penulis

ALIRAN trafik dari Seremban ke Jelebu bermula dari Jeram Toi sesak sepanjang 12 kilometer sejak tengah hari tadi susulan pergerakan orang ramai pulang ke kampung sempena Aidilfitri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan Supt Shafiei Muhammad berkata bagaimanapun anggotanya telah diarahkan mengawal kesesakan di lampu isyarat di pekan Jelebu bagi melancarkan aliran kenderaan menuju ke Pantai Timur serta Karak dan Muadzam Shah, Pahang.

“Di Lebuhraya Utara Selatan pula, trafik perlahan bermula dari Nilai di Kilometer (KM) 285 hingga ke KM240 di Pedas Linggi iaitu laluan menghala ke selatan. 

“Kesesakan disebabkan kenderaan rosak di KM247 dan KM253 namun tiada sebarang kemalangan berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca: Balik kampung: Beberapa lokasi lebuh raya arah Timur sesak

Shafiei sehubungan itu menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan masing-masing selain menggunakan laluan alternatif supaya tidak terperangkap dalam kesesakan.

Sementara itu, tinjauan Bernama pada 4.30 petang tadi mendapati aliran kenderaan mula perlahan di laluan untuk memasuki Plaza Tol Pedas-Linggi Lebuhraya Utara Selatan.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This