Lelaki disyaki samun penyampai berita direman tujuh hari

Dari Penulis

SEORANG lelaki yang disyaki menyamun seorang penyampai berita televisyen di Damansara Perdana, kelmarin dikenakan tahan reman selepas tujuh hari selepas Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan permohonan polis.

Majistret Syafiq Affandy Hasan membenarkan perintah reman bermula hari ini bagi membantu siasatan kes samun itu.

Suspek yang dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada jam 11.40 pagi menundukkan kepalanya bagi mengelak dirakam media yang menunggu untuk membuat liputan kes tersebut sejak jam 8 pagi.

Bagaimanapun tidak kelihatan kelibat wanita yang turut ditahan polis semalam, lapor Malaysia Gazette.

Difahamkan wanita itu yang merupakan adik perempuan suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan beliau telah dilepaskan atas jaminan polis.

BERITA BERKAITAN Samun penyampai berita, abang, adik ditahan polis

Semalam Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supt Ku Mashariman Ku Mahmood berkata lelaki dan wanita berusia 31 dan 24 tahun itu ditahan kira-kira 4.30 petang di Puncak Alam.

Semakan polis mendapati lelaki berkenaan mempunyai enam rekod lampau berkaitan kes dadah dan 15 rekod jenayah orang dikehendaki polis berkaitan dadah.

Polis turun merampas beberapa barang kes yang dipercayai hasil kejadian samun termasuk sebuah kereta yang digunakan suspek dalam kes itu.

Semalam, tular di laman sosial rakaman video mangsa cuba mengejar dan menangkap suspek sehingga berpaut pada pintu kereta.

Kejadian samun tersebut mengakibatkan mangsa kerugian kira-kira RM500


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This