Tangkap layar video buli OKU yang tular di laman sosial.

SEORANG lelaki berusia 22 tahun yang tidak mempunyai pekerjaan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping bagi membantu siasatan berhubung kes buli di kawasan Taman Tasik Taiping, semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Osman Mamat berkata, penganggur tersebut ditahan di perkarangan IPD Taiping pada jam 10.45 malam tadi.

Jelas Osman, suspek ditahan reman tiga hari mulai hari ini hingga Selasa untuk membantu siatan kes tersebut.

“Mangsa yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 13 tahun dan berada dalam keadaan stabil.

“Kejadian itu berlaku pada 7 Mei pada jam 2 pagi di Taman Tasik Taiping. Semasa kejadian, mangsa seorang diri beriadah menggunakan basikal.

“Motif berpunca apabila suspek ingin meminjam basikal milik mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, polis mengesan satu video berdurasi seminit dua saat yang ditularkan di laman sosial Facebook bertajuk ‘Budak OKU lelaki Melayu kena tampar dan dibuli di Taman Tasik Taiping’.

Ekoran daripada penularan video tersebut, pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram