FAM tawar ‘tiket kombo RM100’ Kelayakan Piala Asia 2023

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BERITA baik kepada penyokong setia Harimau Malaya apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan penjualan ‘tiket kombo RM100’ untuk menyaksikan pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023 bagi Kumpulan E di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jun ini.

Penyokong boleh mula mendapatkan ‘tiket kombo RM100’ itu menerusi pembelian awal antara 16 hingga 29 Mei ini di www.tickethotline.com.my.

Dengan harga RM100 itu, penyokong akan dapat menonton perlawanan Bahrain lawan Bangladesh dan Turkmenistan lawan Malaysia pada hari Rabu, 8 Jun di samping Bangladesh menentang Turkmenistan serta Malaysia lawan Bahrain pada Sabtu, 11 Jun 2022.

Selain itu, penyokong juga boleh menyaksikan perlawanan antara Bahrain menentang Turkmenistan dan Malaysia melawan Bangladesh pada hari Selasa, 14 Jun 2022.

Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Stadium FAM, Datuk Posa Majais memaklumkan, pengenalan ‘tiket kombo RM100’ itu dibuat bagi memudahkan penyokong setia Harimau Malaya yang ingin hadir ke ketiga-tiga ‘hari perlawanan’ tanpa perlu membuat pembelian tiket secara berasingan.

Menurut beliau, penyokong juga boleh menikmati diskaun harga sebanyak hampir 20 peratus sekiranya membeli tiket kombo berkenaan.

“FAM prihatin terhadap penyokong yang merancang ke stadium untuk ketiga-tiga hari perlawanan bagi saingan kelayakan Kumpulan E ini dan sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

“Bagaimanapun, tawaran untuk tiket kombo ini hanya akan dibuka penjualannya untuk tempoh selama dua minggu.

Harimau Malaya akan menentang Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh dalam Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jun ini.

Baca artikel berkaitan: Tahniah.. Malaysia tewaskan Thailand 2-1 dalam perlawanan bola sepak Sukan SEA

“Selepas berakhir tempoh tersebut, penjualan akan tetap diteruskan sehingga hari perlawanan dengan tiket dijual secara berasingan iaitu berharga RM40 bagi setiap Hari Perlawanan. Sebagai contoh, untuk Hari Perlawanan 1 pada 8 Jun 2022, penyokong boleh menonton dua perlawanan iaitu Bahrain lawan Bangladesh pada sebelah petang dan Turkmenistan lawan Malaysia pada sebelah malam, dengan pembelian satu tiket pada hari perlawanan tersebut.

“Jadi kepada penyokong yang merancang ke stadium untuk ketiga-tiga Hari Perlawanan, tidak perlu membeli tiket RM40 secara berasingan sebanyak tiga kali yang harganya akan berjumlah RM120, sebaliknya lebih mudah dan jimat jika anda membeli saja ‘Tiket Kombo RM100’ ini,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Selain tiket kombo tersebut dan tiket berharga RM40 untuk satu hari perlawanan bagi kategori tempat duduk Terbuka, FAM turut memperuntukkan penjualan sebahagian tiket untuk kategori tempat duduk Grandstand berharga RM60.

Tiket kanak-kanak pula berharga RM7 untuk 1 Hari Perlawanan iaitu bagi yang membawa anak berusia 6 hingga 12 tahun.

Setiap penyokong boleh membeli maksimum sebanyak lima tiket dan setiap pembelian kesemua jenis kategori tiket di atas akan dikenakan tambahan caj pemprosesan dan caj bank, masing-masing mengikut kadar yang telah ditetapkan.

Bagi perlawanan antarabangsa Tier 1 antara Malaysia bertemu Myanmar pada Jumaat, 27 Mei dan Malaysia menentang Hong Kong pada Rabu, 1 Jun pula, tiket berharga RM30 bagi dewasa dan RM7 untuk kanak-kanak telah ditetapkan bagi perlawanan tersebut.

Kesemua tiket berkenaan hanya akan dijual secara dalam talian dengan tiada sebarang penjualan tiket secara fizikal di kaunter tiket stadium.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Isu pemain naturalisasi: FAM sedang perkukuh aspek tadbir urus

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) sedang memperkukuh aspek tadbir urus, bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap integriti dan kredibiliti bola sepak...

More Articles Like This