Siti Nurhaliza sumbang RM1 juta hasil jualan tiket konsert Legacy 30 kepada Yayasan Nurjiwa, kejutan muncul di atas tren gimik buka tirai persembahan

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencipta momen bersejarah apabila menyumbangkan RM1 juta kepada Yayasan Nurjiwa hasil dariapda jualan tiket Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang berlangsung penuh gemilang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), hari ini.

Pengumuman tersebut diumumkan menerusi tayangan video khas sebelum konsert bermula, sekali gus mengundang tepukan gemuruh daripada puluhan ribu penonton yang hadir.

Sekitar 65,000 peminat membanjiri stadium terbesar negara itu bagi menyaksikan persembahan istimewa penyanyi nombor satu tanah air berkenaan, sekali gus menandakan kemunculan semula Siti ke pentas stadium selepas lebih dua dekad menerusi Konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour.

Malah, Siti Nurhaliza membuka tirai persembahan tepat pukul 8.40 malam dengan muncul di atas kren mendendangkan lagu Purnama Merindu.

“Senak perut saya tengok pemandangan (kehadiran peminat). Malam ini saya akan berikan kasih sayang kepada anda menerusi lagu-lagu saya yang memang anda dengar sejak sekolah.

Pada masa sama, Siti turut mengenang kembali kenangan sewaktu membuat persembahan di SNBJ menerusi acara Sukan Komanwel 1998 serta Konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour pada 2004.

“Dahuku konsert Fantasia Tour, pentasnya di bahagian hujung, kecil saja.

“Tapi malam ini, saya sediakan pentas yang lebih besar bersama skrin besar. 

“Saya harap peminat pada malam ini boleh nampak Siti Nurhaliza,” ujarnya sambil disambut dengan tepukan dan sorakan penonton.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hael Husaini, Akim Ahmad & Aisha Retno barisi panel juri Big Stage musim ke-7!

INDUSTRI hiburan tempatan dijangka menerima satu lagi gelombang kebangkitan apabila program realiti nyanyian paling fenomena, Big Stage, kini kembali...

More Articles Like This