PSM pastikan kualiti padang Stadium Nasional bersedia untuk aksi Oman

Dari Penulis

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yakin Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), akan memastikan kualiti padang di Stadium Nasional Bukit Jalil bersedia untuk aksi skuad Harimau Malaya menentang Oman pada 26 Mac ini.

Mengulas mengenai kekecewaan Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon mengenai tahap padang, Hannah berkata PSM sedang berusaha untuk memastikan kualiti padang dan rumput baik, menjelang aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 itu.

“Stadium Nasional komited untuk skuad Harimau Malaya. Semua usaha yang dilakukan dalam beberapa minggu ini, semuanya untuk skuad Harimau Malaya (supaya dapat beraksi dengan baik),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Wanita Kementerian Belia dan Sukan (KBS), dan pelancaran video Kod Sukan Selamat di Uniten, hari ini.

Semalam, Pan Gon melahirkan rasa kecewanya dengan keadaan padang Stadium Nasional yang bakal digunakan untuk aksi keempat pusingan kelayakan itu, selepas lawatan pada Khamis lepas, manakala Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata keadaan padang didapati berada pada tahap baik untuk menganjurkan perlawanan tersebut.

Sebelum ini, timbul persoalan mengenai keadaan padang di stadium keramat skuad Harimau Malaya itu, selepas beberapa konsert diadakan di venue berkenaan.

Skuad Harimau Malaya memulakan kem latihan pusat di Wisma FAM semalam, bagi persiapan menghadapi perlawanan ketiga Kumpulan D menentang Oman di Sultan Qaboos Sports Complex, Muscat pada 21 Mac, sebelum pulang ke tanah air bagi perlawanan keempat di Bukit Jalil pada 26 Mac.

Sementara itu, Hannah berkata pelancaran video Kod Sukan Selamat, yang melibatkan ratu gimnastik negara Farah Ann Abdul Hadi, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mempromosikan amalan sukan secara selamat.

Baca artikel lain: Pan Gon tidak puas hati dengan keadaan padang SBNJ

Beliau berkata KBS akan bekerjasama dengan beberapa pihak untuk menayangkan video itu, yang menerangkan Kod Sukan Selamat dan cara untuk membuat laporan, di tempat awam.

“Sejak melancarkan Kod Sukan Selamat pada tahun lepas, kita mendapat komitmen daripada lebih 1,000 pihak terdiri daripada persatuan sukan, atlet dan beberapa kementerian. Kesedaran ini penting kerana tanggungjawab wujudkan persekitaran selamat dipikul bersama oleh semua pihak, termasuk ibu bapa dan sekolah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hannah melancarkan Program Senamrobik Komuniti Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024 bertempat di Dataran Perumahan Awam Seri Selangor, Cheras pagi ini.

Program dengan pengisian 44 siri senam robik secara percuma, melibatkan peruntukan RM430,000 di 43 Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) itu, bertujuan untuk membudayakan sukan dan amalan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat, terutamanya di peringkat komuniti.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This