Fenomena langit berdarah cetus panik di bandar Zhoushan, China

Dari Penulis

PENDUDUK di bandar pelabuhan Zhoushan, China, gempar apabila langit tiba-tiba bertukar jadi merah seperti berdarah pada Sabtu lalu, sehingga mencetuskan panik.

Fenomena itu menjadi topik perbualan penduduk terutama di laman media sosial.

Memetik laporan Independent.co.uk, fenomena yang tidak diketahui bagaimana ia berlaku pada awalnya disangka berpunca daripada kebakaran, tetapi ia disangkal pakar meteorologi.

Malah pihak berkuasa tempatan mengesahkan tiada sebarang kebakaran dilapor berlaku di bandar itu ketika fenomena tersebut berlaku.

Baca artikel berkaitan: Lelaki terbaring rupanya kena pukul, samun

Bagaimanapun, pakar meteorologi membuat kesimpulan, ia berkemungkinan berpunca daripada pembiasan lampu-lampu yang digunakan bot menangkap ikan.

Menurut pakar, ketika kejadian cuaca di bandar pelabuhan Zhoushan, mendung disertai hujan renyai-renyai yang menyebabkan kemerahan luar biasa pada langit.

Kata pakar itu lagi, keadaan agak berkabus dan awan terbentuk pada altitud rendah, ia boleh mencetuskan pembiasan cahaya.

Dalam video yang dikongsi, para penduduk berkumpul di luar rumah masing-masing sambil berbual mengenai fenomena yang berlaku.

Rakaman menunjukkan langit gelap disertai warna merah darah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gendang PRN Johor dipalu esok, penamaan calon 9 pagi

GENDANG Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 akan mula dipalu secara rasmi esok menerusi proses penamaan calon untuk bertanding...

More Articles Like This