SERAMAI 945,787 atau 26.6 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.
Berdasarkan laman web COVIDNOW, seramai 1,560,474 atau 43.9 peratus kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,898,581 atau 93.2 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,996,030 atau 96.3 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Baca artikel berkaitan: Lebih 860,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi Covid-19
Sejumlah 16,045,993 individu dewasa atau 68.2 telah menerima dos penggalak, manakala 22,968,441 atau 97.6 peratus telah melengkapkan dua dos vaksin dan 23,244,381 (98.8 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 27,286 dos vaksin COVID-19 harian diberikan semalam melibatkan 8,290 dos pertama, 16,207 dos kedua dan 2,789 dos penggalak, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini 70,446,288.
Sementara itu menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, satu kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam, di Kedah.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

