POLIS mengesahkan telah menerima laporan daripada pemilik sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, berhubung ugutan yang diterima daripada seorang individu tidak dikenali.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata laporan dibuat lelaki itu pada hari ini dan dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden simbahan cat pada kelab komedi itu seperti yang dilaporkan semalam.
Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
“Ugutan diterima oleh isteri pengadu daripada seorang lelaki tidak dikenali dan ugutan dituju kepada pengadu dan ia ada kaitan dengan simbahan cat,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Baca artikel berkaitan : Lelaki direman berhubung persembahan komedi isu perkauman dibebaskan dengan jaminan polis
Semalam, sebuah kelab komedi yang menjadi lokasi seorang wanita menanggalkan baju kurung dan tudung ketika membuat persembahan komediri, disimbah cat oleh dua lelaki.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

