Waspada panggilan telefon, Mohd Azim bukan pegawai SKMM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan panggilan telefon individu dikenali sebagai Mohd Azim Abdul Aziz yang menyamar sebagai pegawai suruhanjaya tersebut.

SKMM dalam kenyataan memberitahu, ia susulan aduan seorang pengadu yang telah dihubungi Mohd Azim memaklumkan bahawa talian telefon pengadu telah menghantar pautan judi dan lucah ke serata telefon di Negeri Sembilan.

Menerusi panggilan telefon itu, kata SKMM, ‘Mohd Azim’ kemudiannya mengkehendaki pengadu membuat aduan dalam tempoh 30 minit.

Katanya, sekiranya pengadu gagal berbuat demikian boleh menyebabkan talian telefon pengadu disekat dan disenaraihitamkan pihak penyedia perkhidmatan.

“Dimaklumkan bahawa individu yang dimaksudkan iaitu Mohd Azim Abdul Aziz bukan kakitangan SKMM dan tidak pernah berkhidmat dengan pihak Suruhanjaya.

Baca artikel berkaitan: KKMM arah SKMM buat pemantauan ke atas telco

“Pada masa sama, sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai sesuatu urusan berkaitan dengan Suruhanjaya lazimnya dilakukan mengikut saluran rasmi seperti laman sesawang atau pun platform media sosial dan bukannya menggunakan nama individu, penggunaan bahasa meragukan serta nombor telefon bimbit persendirian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, SKMM menggesa orang awam untuk tidak mudah terpedaya dengan panggilan sedemikian oleh pihak tidak dikenali.

“Segera laporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk perhatian dan tindakan susulan,” jelas SKMM.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This