KKMM arah SKMM buat pemantauan ke atas telco

Dari Penulis

KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk membuat pemantauan secara rambang ke atas syarikat telekomunikasi (telco) bagi memastikan kualiti pengalaman perkhidmatan komunikasi terus berada pada paras terbaik.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan tersebut perlu diambil supaya inisiatif bagi menggalakkan orang ramai menggunakan platform digital dan teknologi terkini tidak terencat.

Katanya audit prestasi perlu berjalan secara berterusan dan SKMM perlu sentiasa menghubungi semua syarikat telekomunikasi untuk membuat penambahbaikan bagi mencapai kelajuan yang ditetapkan.

“Kelajuan jalur lebar mudah alih di atas 20 Mbps adalah boleh diterima pakai dan kita masih boleh memberi masa kepada mereka (telco) untuk menambah baik perkhidmatan.

“Bagaimanapun, jika kelajuan Internet di bawah 20 Mbps, rakyat akan berasa kekangan dalam menggunakan peranti mereka,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan Jelajah Saya Digital Sembang Santai #KeluargaMalaysia @Johor di Masai, hari ini.

Baca artikel berkaitan: MCMC diarah teliti semula spesifikasi pembinaan menara telekomunikasi – Annuar

Di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela), kerajaan berusaha untuk meningkatkan infrastruktur digital negara dengan sasaran 96.9 peratus capaian liputan 4G di kawasan berpenduduk dengan kelajuan jalur lebar mudah alih 35 Mbps menjelang akhir tahun ini.

Annuar turut menegaskan bahawa syarikat telekomunikasi perlu menepati janji mereka dalam menyediakan jalur lebar mudah alih yang laju seperti diiklankan dan tidak boleh kurang daripada kelajuan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Katanya gagal berbuat demikian, syarikat telekomunikasi boleh dikenakan kompaun oleh SKMM.

“Walaupun jarang kedengaran syarikat telekomunikasi dikompaun, saya telah mengarahkan SKMM untuk mendenda mereka yang ingkar selepas diberi satu amaran untuk menaik taraf perkhidmatan, terutamanya mereka yang tidak menepati kelajuan seperti yang diiklankan,” tegas beliau.

Beliau berkata kerajaan komited dalam menyediakan prasarana dan infrastruktur bagi pembangunan jalur lebar negara dan menggesa syarikat telekomunikasi untuk tidak berlengah dalam melakukan penambahbaikan di menara pencawang masing-masing.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan 1 kritikal, terjatuh dari bangunan sekolah

SEORANG pelajar Tingkatan 1 dilapor berada dalam keadaan kritikal selepas dipercayai terjatuh dari bangunan sebuah sekolah menengah di Ipoh,...

More Articles Like This