MALAYSIA memohon sebanyak 5,000 tambahan kuota jemaah haji daripada Kerajaan Arab Saudi bagi musim haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Bagaimanapun, beliau berkata, ia bergantung kepada kemampuan yang boleh diberikan oleh negara itu.

“Kami mohon sahaja tetapi bidang kuasa terletak pada Kerajaan Arab Saudi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Kampung (JPKK) Mustafa Samat di Kampung Pasir di Bukit Gantang, hari ini.

Beliau berkata, surat tawaran yang ditolak bagi jemaah yang menghadapi masalah termasuk disebabkan kesihatan dan faktor umur, juga akan ditawarkan kepada jemaah lain.

Baca artikel berkaitan: Kuota haji: Malaysia diberi tempat untuk 14,306 jemaah

Sehubungan itu, Idris menasihatkan para jemaah supaya menjaga kesihatan kerana semua bakal haji diwajibkan lulus pemeriksaan kesihatan bagi memperoleh visa haji sebagaimana ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

“Kami harapkan bakal jemaah haji tumpukan pada kesihatan kerana ibadah haji memerlukan fizikal yang cergas dan kesempurnaan bacaan adalah sunat sahaja.

“Kepada mereka yang tidak lulus, kami harap tahun depan insya-Allah mereka akan diberikan peluang, namun ia tetap ditentukan oleh Arab Saudi,” katanya.

Pada 21 April lepas, Idris mengumumkan kuota haji Malaysia tahun 2022 adalah 14,306 iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa diterima.

Kuota sebanyak 14,306 itu ialah penurunan daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dibenarkan menunaikan Rukun Islam kelima itu, pada 2019.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram