TIGA sekeluarga termasuk dua orang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki berjaya diselamatkan bomba selepas terperangkap dalam banjir kilat di Hulu Selangor, petang ini.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.45 petang tadi.
Beliau berkata, sepasukan 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Rawang dan Zon 6 telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Ketiga-tiga mangsa yang terperangkap berjaya dikeluakan oleh anggota bomba pada pukul 4.25 petang,” katanya dalam satu kenyataan.
Baca artikel berkaitan: Kepala air: Bomba selamat 60 pengunjung, 20 masih mahu berkhemah
Dalam pada itu, pihaknya juga mendapati tiga kawasan turut dinaiki air banjir iaitu di Kampung Jawa dengan 60 orang penduduk manakala Kampung Pasir dan Estet Kerling masing-masing dengan jumlah seramai 30 orang.
“Kedalaman air banjir kini mencecah 1.6 meter dan usaha menyelamatkan mangsa masih giat dijalankan,” ujarnya.
Norazam berkata, operasi dijalankan dengan kekuatan dua buah bot dan aliran air hujan masih sama.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

