Queenie Ting Kung Ni bukan sahaja berjaya meraih pingat perak tetapi memecahkan rekod kebangsaan. GAMBAR: BERNAMA

ATLET lempar cakera kebangsaan, Queenie Ting Kung Ni menampilkan satu lagi aksi bertenaga untuk meraih pingat perak Sukan SEA dengan mencatatkan rekod kebangsaan yang baharu, hari ini.

Atlet berusia 24 tahun berasal dari Sarawak itu, melakukan lemparan sejauh 52.36m di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi untuk memperbaiki rekod kebangsaan miliknya itu.

Rekod terdahulu Queenie Ting adalah catatan 50.67m pada Malaysian Track & Field Trials di Stadium MSN Bukit Jalil, apabila beliau menjadi atlet lempar cakera wanita pertama Malaysia untuk mencapai catatan 50m ke atas.

Baca artikel berkaitan: Sukan SEA: Rachel tuai emas kedua peribadi gimnastik

Kejayaan pingat perak itu juga membantu beliau memperbaiki pencapaian di Sukan SEA selepas meraih pingat gangsa pada debutnya di edisi Filipina 2019.

Olimpian Thailand Subenrat Insaeng, yang juga pemegang rekod Sukan SEA dengan catatan 60.33m, mempertahankan pingat emas dengan catatan 53.09m pada lemparan terakhir untuk mengatasi Queenie Ting.

Seorang lagi atlet Malaysia, Choo Kang Ni menamatkan saingan di tempat ketiga dengan catatan 46.57m.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram