Sukan SEA: Rachel tuai emas kedua peribadi gimnastik

Dari Penulis

GIMNAS artistik wanita negara Rachel Yeoh Li Wen, terus menampilkan aksi terpuji apabila meraih emas kedua peribadi pada Sukan SEA ke-31 di Pusat Gimnasium Quan Ngua hari ini.

Pencapaian cemerlang gimnas berusia 23 tahun itu dalam acara titian imbangan, sehari selepas meraih emas dalam acara palang bertingkat, semalam.

Pada saingan hari ini, Rachel mempamerkan aksi mantap untuk mengutip 12.567 mata, mengatasi pencabarnya dari Filipina Aleah Finnegan Cruz yang mengutip 12.367 mata, manakala pingat gangsa milik peserta tuan rumah Pham Nhu Phuong (12.167 mata).

Baca artikel berkaitan: Sukan SEA: Rachel raih emas, ceriakan kem gimnastik

Ketika ditemui pemberita, Rachel berkata pencapaian di Hanoi itu menaikkan semangatnya untuk berusaha lebih keras bagi menghasilkan keputusan membanggakan pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, Julai depan dan Sukan SEA 2023 di Kemboja.

Rachel berkata sebelum turun beraksi hari ini, beliau hanya meletakkan sasaran untuk menamatkan saingan dalam kedudukan tiga terbaik.

“Persaingan sangat sengit di sini dan memenangi dua pingat emas dan satu gangsa adalah pencapaian baik,” kata atlet kelahiran Pulau Pinang itu yang turut meraih gangsa dalam acara all-around individu, dua hari lepas.

Rachel, bagaimanapun gagal meneruskan aksi cemerlang dalam acara senaman lantai apabila menamatkan cabaran di kedudukan tercorot, daripada lapan peserta setelah mengutip 11.467 mata.

Gimnas Thailand Sasiwimon Mueangphuan dan Rifda Irfanaluthfi dari Indonesia berkongsi pingat emas acara itu setelah masing-masing mencatat 12.700 mata, manakala gangsa menjadi milik peserta tuan rumah Pham Phuong Nhu (12.033 mata).

Sementara itu empat gimnas lelaki negara gagal menempatkan diri dalam kelompok tiga peserta terbaik bagi acara final masing-masing hari ini.

Muhammad Sharul Aimy yang meraih gangsa dalam acara kekuda berpelana semalam, sekadar menduduki tempat keenam dalam acara melombol, manakala Teoh Chuen Feng di kedudukan kelapan bagi acara palang tunggal.

Acara palang sejajar pula menyaksikan Luqman Al Hafiz Zulfa berada di tempat keenam, sementara Ng Chun Chen di kedudukan terakhir daripada lapan peserta.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This