Luqman Hakim kecewa, mohon maaf gagal sempurnakan penalti

Dari Penulis

PENYERANG muda negara, Luqman Hakim Shamsudin memohon maaf atas kegagalan menyempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan penentuan gangsa antara Malaysia menentang Indonesia pada Sukan SEA ke-31, semalam.

Luqman Hakim dan Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak yang masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua perlawanan di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, menjadi dua pemain yang gagal menjaringkan penalti, justeru menyaksikan pasukan negara tewas 3-4 dan pulang tanpa sebarang pingat.

Pemain berusia 20 tahun itu, yang berpangkalan di Belgium bersama kelab KV Kortrijk, berkata tiada individu yang lebih kecewa daripada dirinya selepas terlepas penalti tersebut dan beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan itu.

“Memang kecewa, saya amat kecewa dengan sepakan penalti saya, Malaysia bermain baik dengan serangan demi serangan tetapi penalti saya dan Hadi tidak dapat bantu Malaysia raih gangsa.

“Saya minta maaf pada rakyat Malaysia, ibu bapa saya, penyokong bola sepak tempatan dan semua pihak,” katanya kepada Bernama.

Pemenang perlawanan itu terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam 90 minit permainan sebenar.

Baca artikel berkaitan: Sukan SEA: Malaysia kempunan gangsa, Marc Klok jadi duri dalam daging

Terdahulu, Ronaldo Joybera R Junior menjaringkan gol bagi Indonesia manakala Muhammad Hadi menyumbang gol buat pasukan negara.

Pada babak penentuan itu, percubaan Luqman Hakim dan Muhammad Hadi diselamatkan penjaga gol Ernando Ari Sutaryadi, manakala bagi Indonesia hanya Asnawi Mangkualam Bahar gagal menyempurnakan sepakan penalti setelah rembatannya menggegar palang.

Sementara itu, Luqman Hakim mahu segera melupakan kekecewaan di sini dan berazam memperbaiki kelemahannya menjelang Kejohanan Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan pada 1 hingga 19 Jun ini.

“Saya perlu bangkit daripada kekalahan ini untuk fokus kepada saingan di Uzbekistan sebab banyak perlawanan perlu ditempuh, jadi saya perlu letak tepi kekecewaan ini dengan cepat. Saya tidak akan berputus asa dan akan berikan terbaik di Uzbekistan,” kata pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu.

Pada penampilannya di temasya dwitahunan itu, Luqman Hakim mengumpul tiga gol yang diraih dalam saingan Kumpulan B iaitu dua gol dijaringkan ketika berdepan Laos dan satu ketika menentang Singapura.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This