MENTERI Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengucapkan terima kasih atas pengorbanan besar 500,000 guru di seluruh negara dalam mendidik anak bangsa.
Mohd Radzi berkata, ucapan penghargaan sempena sambutan Hari Guru itu sebagai menghargai komitmen dan dedikasi para guru dalam mendidik serta membentuk generasi pewaris negara yang berkualiti tinggi.
Ujar beliau, pemilihan ‘Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA’ sebagai tema Sambutan Hari Guru tahun ini bertepatan dalam menghargai peranan guru secara menyeluruh.
“Penerapan elemen SEJAHTERA yang dilaksanakan oleh guru dapat disampaikan melalui pelbagai aktiviti di dalam dan di luar sekolah secara langsung atau tidak langsung.
“Terdapat 14 elemen SEJAHTERA diterapkan iaitu Selamat, Seronok, Sihat, Etika, Empati, Jati diri, Adab Sopan, Harmoni, Tekun, Teliti, Terampil, Eksplorasi, Rasional dan Artikulasi.
“Selamat menekankan persekitaran sekolah yang aman dan tenteram serta terpelihara daripada ancaman dan bahaya. Seronok pula mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang menggembirakan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam perutusan sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51, hari ini.
Baca artikel berkaitan: 8,120 guru baharu lapor diri 1 Mac ini – Radzi Jidin
Mengulas lanjut, Mohd Radzi berkata, guru perlu memainkan peranan untuk membimbing murid dalam membentuk keperibadian unggul untuk menjayakan konsep Sekolahku SEJAHTERA.
Jelas Mohd Radzi, beliau yakin generasi yang dilahirkan oleh para guru bukan sahaja berilmu pengetahuan, malah memiliki nilai sahsiah dan berkemahiran tinggi yang seterusnya dapat menabur bakti dan menyumbang kepada kesejahteraan negara.
“Guru merupakan ikon penting yang diamanahkan untuk mendidik, mendorong, membimbing dan membentuk kemenjadian murid yang berkeperibadian unggul.
“Melalui penghayatan tema Hari Guru pada tahun ini, diharapkan para guru dan pendidik sekalian terus meningkatkan usaha untuk membentuk keperibadian murid daripada pelbagai latar belakang sosio ekonomi,” jelas beliau.
Mohd Radzi menambah, penerapan elemen SEJAHTERA secara semulajadi sejak dari peringkat awal persekolahan tentunya akan dijadikan amalan dalam kehidupan mereka dan seterusnya akan diwarisi oleh generasi pewaris negara yang berikutnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

