SERAMAI 8,120 orang guru baharu akan mula melapor diri di sekolah masing-masing pada 1 Mac ini.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata, jumlah itu adalah daripada pengambilan secara one-off yang berjaya dalam temuduga fasa 2 dan fasa 3 sebelum ini.
Katanya, guru-guru terbabit boleh mula membuat semakan penempatan bermula semalam.
“Pengambilan khas guru secara one-off yang melibatkan keseluruhan 18,702 orang adalah bagi merungkai isu kekurangan guru yang telah berlarutan sekian lama.
“Kepada calon yang berjaya dipilih, tahniah dan selamat bertugas saya ucapkan.
“Manfaatkanlah peluang menjadi guru untuk bekerja setulus hati ke arah melahirkan generasi pewaris negara yang lebih hebat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Radzi jemput guru di JB, Muar sertai sesi kongsi idea
Mengulas lanjut, Mohd. Radzi berkata, KPM akan meneruskan kerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk mempercepatkan pelantikan dan penempatan baki pengambilan guru one-off dalam masa terdekat.
Katanya, hal itu amat penting untukmenampung keperluan guru khususnya bagi sesi persekolahan akan datang.
“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan berusaha untuk menyelesaikan perkara yang telah lama berlarutan satu per satu.
“Teruskan memberi sokongan anda demi pendidikan generasi pewaris negara,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

