Makin hilang jati diri, Baju Melayu lambang peradaban bangsa. Berkait rukun Islam, tauhid dan maruah. Jangan perlekeh

Dari Penulis

“Sesiapa yang melupakan sejarah akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali,” demikian ulas ahli falsafah terkenal George Santayana.

Sejarah mengajar manusia faham akan peradaban dan asal usul bagi mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Dan pertikaian antara pemakaian baju Melayu sewaktu perayaan baru-baru ini menimbulkan persoalan adakah bangsa Melayu semakin hilang jati dirinya?

Menurut perkongsian Yuhanis Azam, baju Melayu mula diperkenalkan sejak 700 tahun lalu pada zaman empayar Melaka. Apa yang menarik, setiap rekaan dan terletaknya butang dan saku melambangkan rukun Islam, tauhid dan maruah.

“Orang yang tidak mempelajari sejarah, tidak akan tahu menghargai.”

Begitulah…

Maaflah, saya agak sensitif dengan isu pemakaian baju Melayu ini.

Apatah lagi bila melihat anak bangsa beria mempertahankan pemakaian lain berbanding mempertahankan busana tradisi sendiri.

Hendak memakai baju Melayu di hari kebesaran pun menjadi perdebatan.

Tak kurang juga yang memperlekehkan baju Melayu.

Seandainya kita menelusuri sejarah bangsa, adakah kita akan begini pada hari ini?

Makin hari, makin hilang jatidiri.

Tak mustahil nasib busana Melayu akan terkubur sebagaimana terkuburnya tulisan jawi.

Pelajarilah sejarah leluhur kita.

700 tahun lalu baju Melayu mula diperkenalkan di zaman empayar Melaka.

Sultan Muhammad Syah mengkehendaki orang Melayu mempunyai penampilan khusus bagi menampilkan kita sebagai satu bangsa yang mempunyai jatidiri.

Lima butang baju Melayu melambangkan Rukun Islam manakala butang satu pada baju Melayu teluk belanga dikaitkan dengan tauhid yang mempercayai bahawa Tuhan hanya satu.

Tiga saku di hadapan baju melambangkan akidah, Islam dan ihsan manakala samping pula membawa maksud kesungguhan menjaga maruah, aurat dan syahwat.

Pemakaian samping di bawah lutut bermaksud si pemakainya sudah berkahwin manakala di atas lutut bermaksud masih bujang.

Begitulah falsafah yang ada pada baju Melayu.

Tugas kita adalah hidupkan kembali semangat kemelayuan membabitkan jati diri orang Melayu beragama Islam.

Busana tradisional kita melambangkan peradaban bangsa kita.

Kembalikan semula semangat roh Melayu-Islam. Ia merupakan akar budaya orang Melayu sejak zaman berzaman dan menggambarkan identiti kaum itu yang bermaruah.

Janganlah perlekehkan. Janganlah kita menjadi penyebab kepada kepupusan busana tradisi.

Yuhanis Azam

14.5.2022

(Penggulungan untuk hari ini)

Penuh adab dan bermaruah, itulah Melayu.”

Sumber : Yuhanis Azam


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hafazan Itqan 2026: Rekod 1,958 Peserta Bukti Anak Muda Makin Dekati Al-Quran

PENGANJURAN 18th Itqan National Quranic Memorisation Competition mencatatkan pencapaian luar biasa apabila berjaya menarik penyertaan seramai 1,958 peserta dari...

More Articles Like This