SEORANG lelaki pesakit mental direman lima hari bermula semalam selepas disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di dalam lif projek perumahan rakyat (PPR) Kerinchi pada Sabtu Lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata,suspek telah ditangkap pada kelmarin dan reman akan dijalankan sehingga Jumaat ini.
Baca artikel berkaitan: Lelaki sakit mental cabul kanak-kanak akan ke Hospital Bahagia
“Siasatan di jalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
UtusanTV melaporkan perbuatan suspek berusia 30-an terbongkar apabila mangsa pulang ke rumah dalam keadaan ketakutan dan menangis.
Kejadian dikatakan berlaku ketika ibu mangsa meminta anaknya pergi ke kedai runcit berdekatan rumah bersama seorang sepupu lelaki berusia tiga tahun.
Suspek didakwa telah menahan pintu lif sebelum meraba alat sulit serta dada kanak-kanak perempuan tersebut.
Menurut Habibi Manjiri, pihaknya akan mendapatkan perintah mahkamah bagi membolehkan suspek di bawa ke Hospital Bahagia.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

