Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin memotong kek ketika meraikan ulangtahun kelahiran ke-75 pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perikatan Nasional (PN) dan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) di Bukit Kiara, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

PERIKATAN Nasional (PN) yang ditunjangi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terbukti merupakan sebuah pertubuhan politik yang cukup berkesan dan berpengaruh. 

Demikian kata Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin walaupun beliau mengakui ada pihak yang memperkecilkan kehadiran gabungan itu dalam gelanggang politik negara. 

Menurut Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu, ia merupakan petanda baik bukan hanya kepada parti itu tetapi untuk kemajuan dan pembangunan negara. 

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin beramah mesra dengan orang ramai ketika hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perikatan Nasional (PN) dan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) di Bukit Kiara, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Muhyiddin berkata, kekuatan ukhwah dalam semua komponen PN menunjukkan parti itu prihatin kepada nasib rakyat. 

“Kekuatan ukhwah kita untuk mendukung perjuangan PN dan Bersatu menegakkan keadilan; menentang rasuah dan salah guna kuasa; mendukung cita-cita membantu rakyat menunjukkan kita parti yang prihatin. 

“Saya sebagai Pengerusi PN dan Presiden Bersatu bangga kerana terbukti kita sebuah pertubuhan politik yang cukup berkesan dan berpengaruh. 

“Kita akan terus berjuang menentang kleptokrasi dan bersama mengatasi masalah negara,” katanya. 

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat gerai makanan ketika hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perikatan Nasional (PN) dan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) di Bukit Kiara, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel berkaitan: Doakan Malaysia dapat lebih daripada 36 emas – Peja

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PN dan Bersatu di Stadium Juara, Kuala Lumpur, hari ini. 

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh turut meluahkan rasa gembira atas semangat setiawakan yang ditunjukkan kepemimpinan tertinggi PN dan Bersatu. 

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) menyampaikan ucapan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perikatan Nasional (PN) dan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) di Bukit Kiara, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Turut hadir, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr. Radzi Jidin; Presiden Parti Gerakan Rakyat (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. 

Kira-kira 7,000 tetamu yang terdiri daripada ahli Bersatu dan parti komponen PN dari seluruh pelosok negara turut hadir memeriahkan majlis. 

Dalam majlis sama, kepemimpinan tertinggi PN dan tetamu yang hadir turut bersama-sama meraikan ulang tahun kelahiran ke-75 Muhyiddin yang jatuh pada 15 Mei lalu. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram