Tindakan Pas bertentangan Perlembagaan, keputusan MT PN – Tun Faisal

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PAS disifatkan telah membuat tindakan yang bertentangan dengan Perlembagaan Perikatan Nasional (PN) dan keputusan yang dilaksana oleh Majlis Tertinggi (MT) gabungan itu.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menegaskan, Pas dilihat tidak komited melaksanakan keputusan-keputusan yang dibuat dalam mesyuarat MT PN.

Malah, kata beliau, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang juga bertindak mempertikai dan membuat langkah ‘veto’ keputusan-keputusan PN.

Menurut Tun Faisal, tindakan mana-mana pihak yang tidak berintegriti, tidak demokratik atau bertentangan dengan Perlembagaan dan keputusan rasmi Pas itu telah mencemarkan serta merosakkan jenama PN yang telah dibina.

“Pas telah membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Bersatu. Keputusan tersebut dibuat oleh Pas, bukan oleh Bersatu.

Datuk Tun Faisal Ismail Aziz

“Pada masa sama, Pas juga berulang kali menghantar isyarat yang bercanggah dengan semangat PN.

“Pas terbabit dalam Langkah Bangkok dan berulang kali menyatakan hasrat menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) bersama UMNO. Pas Johor juga menyatakan hasrat untuk bertanding menggunakan logo Pas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Tun Faisal menegaskan, antara keputusan penting MT PN adalah pindaan Perlembagaan dan pelantikan Ketua Pembangkang dalam kalangan ahli Parlimen Pas.

Beliau berkata, pindaan Perlembagaan PN perlu dilaksanakan kerana berdasarkan keputusan permuafakatan presiden-presiden parti komponen PN dengan tugas Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi adalah hanya menguruskan pentadbiran dan operasi harian PN.

Katanya, kuasa untuk memutuskan perkara-perkara dasar adalah kuasa Majlis Presiden PN.

“Namun Pas telah berdolak dalik untuk melaksanakan keputusan ini yang sepatutnya telah dilaksanakan dua bulan selepas mesyuarat MT PN pada 22 Februari 2026.

“Dimaklumkan, sehingga mesyuarat MT PN pada 16 Mei, Pas masih tidak melaksanakannya dan meminta penangguhan selama sebulan lagi sepatutnya pada 16 Jun 2026,” katanya.

Tun Faisal mendakwa, kegagalan Ahmad Samsuri memanggil mesyuarat MT PN untuk membincangkan persiapan pilihan raya juga disifatkan sangat tidak bertanggungjawab dan menjejaskan persiapan.

Jelas beliau, persoalan PN bukan sekadar mengenai logo tetapi kepercayaan terhadap jenama dan persiapan menghadapi PRN Johor serta Melaka.

“Bagaimana hendak membuat persiapan jika masih banyak perkara yang belum diputuskan termasuk persoalan untuk mencetak bendera dan bahan-bahan asas untuk memasuki pilihan raya.

“Tindakan-tindakan Pas bukan sahaja merosakkan kekuatan PN, mencemarkan jenama PN, menghakis sokongan rakyat terhadap PN dan menjejaskan persiapan pilihan raya PN,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This