PASUKAN Perak FC ditimpa pelbagai masalah akhir-akhir ini hingga menyebabkan gaji pemain dan pegawai tidak dibayar. - Gambar Bernama

XOX Berhad memperuntukkan sekitar RM1.6 juta bagi melunaskan tunggakan gaji melibatkan 94 daripada 168 kakitangan Perak FC termasuk para pemain pasukan berkenaan.

Syarikat berkenaan dalam satu kenyataan menyatakan baki pembayaran keseluruhan tunggakan gaji kakitangan Perak FC akan diselesaikan seawal minggu depan selepas proses pengesahan dan pengisytiharan hutang pasukan tersebut diselesaikan.

“XOX berharap ini adalah permulaan baharu dalam membina semula Perak FC serta mengembalikan kelab ini seperti zaman kegemilangannya,” menurut kenyataan itu.

Pada 18 Mei lepas, XOX Pro Sport Sdn Bhd telah memeterai perjanjian bersama Impact Media & Communication (IMC) Sdn Bhd bagi pengambilalihan 100 peratus pegangan ekuiti dalam kelab bola sepak Perak FC Sdn Bhd pada harga RM1.

Pembelian Perak FC pada harga RM1 adalah berdasarkan persetujuan bersama selepas mengambil kira kerugian selepas cukai, tunggakan hutang dan kesukaran untuk beroperasi sebagai sebuah kelab bola sepak.

Selain itu, XOX turut berharap para pemain The Bos Gaurus akan berjuang dengan sepenuh komitmen bagi memastikan kemenangan dapat digapai dalam aksi Liga Premier menentang UiTM FC di Stadium Perak esok.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram