Pan Gon panggil Ruventhiran, Shahrul Nizam sertai kem latihan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KETUA jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon membuat keputusan memanggil dua lagi pemain iaitu V. Ruventhiran dan Shahrul Nizam Ros Hasni untuk menyertai Kem Latihan Pusat skuad kebangsaan.

Ia selepas Pan Gon sebelum ini menyenaraikan 29 pemain bagi kem latihan pusat itu, Selasa lalu.

Menurut Pan Gon, Ruventhiran, 21, yang merupakan bek kiri pasukan PJ City FC akan menggantikan tempat pemain Negeri Sembilan FC, Khair Jefri Jones yang terpaksa digugurkan.

Jurulatih Korea Selatan itu memberitahu, Khair telah disahkan mengalami kecederaan buku lali ketika perlawanan Liga Super antara Negeri Sembilan FC menentang Kedah Darul Aman FC, Selasa lalu.

“Jika berdasarkan senarai bersedia yang dikeluarkan sebelum ini, sepatutnya Arif Fadzilah Abu Bakar dari Terengganu FC yang menjadi pengganti langsung kepada Khair.

“Namun, beliau juga disahkan sedang mengalami kecederaan dan atas sebab itu, saya memilih untuk memanggil Ruventhiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Jurulatih bertukar, tetapi De Paula tetap jadi pilihan

Sementara itu, Pan Gon memberitahu memanggil Shahrul Nizam, 24 untuk melengkapkan senarai kepada 30 pemain.

“Pada masa sama, saya dapat mengambil kesempatan tersebut untuk menguji dan menilai kemampuan pemain pertahan Terengganu FC itu,” jelas beliau.

Sebagai rekod, Shahrul Nizam yang bermain di posisi pertahanan tengah pernah dipanggil menyertai skuad kebangsaan di bawah kendalian Tan Cheng Hoe bagi menghadapi dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Jordan, Oktober lalu.

Bagaimanapun, Shahrul Nizam tidak melaporkan diri bersama skuad kebangsaan kerana berada di luar kawasan.

Daripada 29 pemain yang dipanggil Pan Gon sebelum ini, seramai 14 merupakan bintang-bintang Johor Darul Ta’zim FC (JDT).

Kem Latihan Pusat Harimau Malaya itu adalah sebagai persiapan menghadapi dua perlawanan antarabangsa Tier 1 bertemu Brunei pada 27 Mei dan Hong Kong pada 1 Jun seterusnya saingan kelayakan Piala Asia 2023.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Isu pemain naturalisasi: FAM sedang perkukuh aspek tadbir urus

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) sedang memperkukuh aspek tadbir urus, bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap integriti dan kredibiliti bola sepak...

More Articles Like This