Prinsip bebas, telus Bernama diharap suburkan pemahaman rakyat – PM

Dari Penulis

PRINSIP Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang bebas dan telus dalam melaporkan berita, diharap menyuburkan pemahaman rakyat terhadap aspirasi negara bermatlamat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, aspirasi agensi berita yang menyambut Ulang Tahun Ke-55 hari ini penting dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang moden dan berjaya dalam jangkau yang terdekat.

Katanya, dalam meniti usia penubuhan Bernama yang ke-55, agensi berita terunggul di Malaysia itu bukan sahaja mampu melebarkan sayap operasinya ke seluruh dunia, malah menjadi inspirasi kepada golongan muda yang bercita-cita menjadikan bidang kewartawanan sebagai kerjaya.

“Dirgarhayu Bernama, tahniah dan moga terus sukses untuk 55 tahun lagi,” katanya ketika ditemui Bernama pada Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) peringkat negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah hari ini.

Baca artikel berkaitan: Harga tiket tidak munasabah, penerbangan ditunda akan diselesaikan – PM

Bernama ditubuhkan di bawah Akta Parlimen pada 6 April 1967 dan dilancarkan secara rasmi pada 30 Ogos 1967 sempena ulang tahun ke-10 kemerdekaan negara, dan agensi berita itu mula beroperasi pada 20 Mei 1968.

Ketika memulakan operasinya, bangunan pertama Bernama adalah di rumah banglo empat bilik beralamat di No. 222, Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur dengan hanya 20 petugas. Kini ia memiliki bangunan sendiri setinggi 15 tingkat dengan lebih 1,000 petugas.

Sepanjang lebih lima dekad penubuhannya di bawah Akta Parlimen 1967, Bernama telah berkhidmat berlandaskan objektif penubuhannya iaitu menyedia, menyebar luas berita dan maklumat secara tepat, adil dan saksama demi memelihara kepentingan nasional.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lelaki pukul bekas isteri di luar balai polis ditahan

SEORANG lelaki ditahan selepas disyaki memukul bekas isterinya dalam sebuah kereta di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi, Kajang,...

More Articles Like This