-Gambar hiasan Internet

KERAJAAN mungkin memperkenalkan mekanisme bahan api yang disasarkan untuk mengurangkan kesan kenaikan harga minyak mentah, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, kerajaan masih mengusahakan struktur yang sesuai berikutan lonjakan ketara dalam unjuran subsidi bahan api untuk 2022 kepada RM28 bilion, berbanding RM11 bilion pada 2021.

“Kami bercakap tentang semakan itu dalam pemukiman (retreat) khas baru-baru ini.

“Mereka yang mempunyai BMW tidak boleh menikmati subsidi sama seperti mereka yang mempunyai Kancil,” katanya semasa sidang akhbar mengenai Misi Perdagangan dan Pelaburan ke Amerika Syarikat.

BERITA BERKAITAN Peningkatan harga minyak, minyak masak global, Kerajaan tampung subsidi RM8b tahun ini

Bulan lepas, Petronas Dagangan Bhd memaklumkan ia bekerjasama rapat dengan Kementerian Kewangan berhubung mekanisme subsidi bahan api susulan peningkatan harga minyak mentah di peringkat global.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed berkata, kerajaan masih mengusahakan struktur sesuai untuk mekanisme bahan api disasarkan, yang dijangka siap tidak lama lagi. – Bernama

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram