“Mia is signing off…,” – Siti Saleha akui watak Mia Adriana merupakan watak yang istimewa baginya

Dari Penulis

PELAKON Siti Saleha mengakui bahawa watak Mia Adriana dalam drama 7 Hari Mencintaiku adalah sangat istimewa baginya.

Menurut Siti Saleha atau nama lengkapnya Siti Saleha Mohd Baharum, 32, meluahkan rasa sebak dan teruja melalui kapsyen yang dimuat naik pada posting Instagramnya setelah musim ketiga drama bersiri tersebut berakhir.

Siti Saleha yang juga merupakan adik kepada penyanyi Sam Bunkface turut menyatakan bahawa dia menyayangi watak berkenaan dan justeru merakamkan rasa terharu kepada para penonton yang telah memberi sokongan terhadap watak Mia Adriana sepanjang drama tersebut disiarkan.

“Mia Adriana akan sentiasa mempunyai tempat yang istimewa dalam hati saya.

“Terima kasih kerana menyayangi dia seperti mana saya sayang dia,” tulisnya.

Siti Saleha juga turut mendedahkan bahawa watak Mia Adriana dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 3 ini adalah yang terakhir.

“Now, Mia is signing off. Jumpa dalam projek lain Insya-Allah,” tambahnya.

Untuk rekod, selain Siti Saleha, drama 7 Hari Mencintaiku 3 turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Shukri Yahaya, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Kazar Saisi, Liza Abdullah dan ramai lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This