Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi daging tumis berkuah yang Saji kongsikan ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN-BAHAN:
300 gm sambal yunan
500 gm daging
1 inci halia – dihiris
3 ulas bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
5 kuntum bunga lawang
5 biji chow guo yunan (herba cina)
5 tangkai cili kering – di potong-potong
2 sudu besar sos kicap yunan
3 sudu teh gula merah
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1.Panaskan minyak dan tumiskan halia, bawang merah, bawang putih dan cili kering.
2.Kemudian masukkan daging masak sehingga empuk.
3.Selepas itu, masukkan sos kicap, sambal yunan, biji chow guo, bunga lawang dan sedikit air.
4.Akhir sekali masukkan gula merah dan garam secukup rasa.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram