SEKOLAH Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar (SKCKK) muncul sekolah kebangsaan pertama di negara ini mempunyai taman buluh.
Taman Buluh atau Bambusetum berkenaan akan menempatkan koleksi 20 spesis buluh dengan 10 spesis telah pun berada di sekolah itu dan sedia untuk ditanam.
Projek tersebut merupakan inisiatif bersama Persatuan Lepasan Sekolah Clifford Kuala Kangsar (OCA) dan Persatuan Buluh Malaysia (MBS).
Pelancarannya disempurnakan oleh Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di sekolah itu baru-baru ini.
Hadir sama Presiden OCA, Datuk Salehuddin Saidin; Presiden MBS, Datuk Dr Marzalina Mansor yang juga Ketua Biro Wanita OCA; Pengetua Sekolah Menengah Clifford, Lufti Mohd Noor; Guru Besar SKCKK, Fauzi Mohamad Zulkifli dan Ahli Jawatankuasa OCA.
Dalam majlis itu, Raja Iskandar Dzurkarnain menanam Buluh Gading atau Bambusa vulgaris var. striata, berbatang warna kuning dengan garisan berjalur hijau, sesuai bagi menampilkan raja berjiwa rakyat.
“Projek Taman Buluh atau Bambusetem yang akan disiapkan dalam tempoh enam bulan itu mempunyai 20 spesis buluh,” kata Dr Marzalina.
Ia adalah usahasama OCA dan MBS mencari, menanam, mengurus dan mengendalikan taman buluh. Beliau telah memberi taklimat kepada guru dan kakitangan sekolah mengenai pengendalian taman itu pada 18 Mei lalu.
Baca artikel berkaitan: XOX peruntuk RM1.6 juta lunas tunggakan gaji kakitangan, pemain Perak FC

Salehuddin pula berkata kerjasama julung kali OCA bersama MBS ini bakal mendedahkan murid lebih mencintai alam sekitar di samping menimba ilmu pokok buluh dan fungsinya.
Katanya, OCA juga berhasrat utk meluaskan program ini ke Sekolah Menenengah Clifford agar dua sekolah ini menjadi antara yang memiliki Taman Buluh.
OCA juga merancang pelbagai program menarik dalam masa terdekat, antaranya Jom Yeop Balik Kuale Makan Deroyan bersama bekas pelajar dan pelajar masih bersekolah.
“Program seperti ini ini akan dapat merapatkan silaturrahim antara bekas pelajar dan pelajar sedia ada bersama guru,” katanya.
Dr Marzalina juga menjelaskan Bambusetum yang menempatkan pelbagai spesis buluh dalam satu taman, berfungsi sebagai tempat mengumpul spesies buluh daripada terancam atau pupus.
“Masa hadapan Taman Buluh ini akan menjadi taman rujukan dan galeri koleksi buluh.
“Jika mendapat tajaan, pelbagai program kokurikulum berkaitan buluh akan dibangunkan sehingga tahun 2030 untuk meningkatkan pembelajaran dan pengalaman pelajar SKCKK serta pendedahan kepada orang ramai.
“Sudah pasti Taman Buluh SKCKK ini akan menjadi satu lagi ikon kunjungan pengunjung di Kuala Kangsar pada masa depan.
“Visi dan misi MBS adalah untuk memberi pendedahan fakta dan kepentingan buluh kepada masyarakat dengan mendidik pelajar di peringkat akar umbi.
“Ini selaras dengan Pelan Tindakan Pembangunan Malaysia untuk memacu industri buluh sebagai komoditi terbaharu negara.” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

