PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui teruja dengan sambutan Aidilfitri Tentera Darat Malaysia yang disambut dengan gilang-gemilang di Kem Perdana Sungai Besi, malam tadi.
Menurut Perdana Menteri, majlis sambutan Aidilfitri itu juga menggamit kembali nostalgia sewaktu beliau memikul tanggungjawab selaku Menteri Pertahanan.
Beliau juga berasa kagum dan bangga kerana keunikan serta kebudayaan Malaysia dapat dipersembahkan kepada wakil Defence Attache dari 36 negara yang turut hadir.
“Malam yang indah dengan persembahan bunga api di rumah terbuka Aidilfitri Tentera Darat ini turut kaya dengan kebudayaan, kesenian dan jalinan kasih sayang sebuah keluarga besar Tentera Darat.
Baca artikel berkaitan: Elaun jurulatih dan tenaga pengajar ABPM ditambah – Perdana Menteri
Bahasa Melayu mampu kembali jadi lingua franca dengan perancangan rapi – PM
“Tidak terkecuali ahli keluarga Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi hadir meraikan bersama-sama termasuk mereka yang datang dari Rejimen Ke-34 Artileri Diraja, Kem Bera mengharmonikan suasana majlis bagaikan sebuah keluarga besar,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Perdana Menteri turut mendoakan Tentera Darat sentiasa meraih kejayaan menggalas tanggungjawab memelihara keamanan dan kedaulatan negara.
“Semoga seluruh ketumbukan TDM sentiasa meraih kejayaan dalam menggalas tanggungjawab memelihara keamanan dan kedaulatan negara,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

