Agong, Permaisuri zahir tahniah Guru Berdedikasi Cambridge

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada guru Kolej Vokasional Keningau, Sabah, Khalifa Affnan yang dinobatkan pemenang global Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2022.

Pada masa sama, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Khalifa.

Dalam hantaran di Facebook rasmi Istana Negara, Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas kejayaan Khalifa.

Menurut kenyataan itu, kejayaan dilakar guru itu sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Seri Paduka berdua turut menzahirkan harapan agar pencapaian cemerlang ini menjadi suntikan semangat kepada beliau dan juga rakyat untuk terus bekerja keras dan mencapai kejayaan di masa hadapan di bidang masing-masing.

“Seri Paduka berdua menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Khalifa dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan,” kata hantaran itu hari ini.

Baca artikel berkaitan: Agong berangkat menghadap Sheikh Mohamed, dukacita pemergian Sheikh Khalifa

Khalifa melakar sejarah apabila muncul guru Malaysia pertama terpilih merangkul pemenang global Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2022.

Guru tersebut berjaya meraih anugerah peringkat global dan serantau atas pencapaiannya dalam mencetuskan satu projek sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Melalui inisiatif itu, beliau melatih pelajar dalam bidang robotik, dron, pengekodan dan disiplin berasaskan teknologi, malah usaha beliau berjaya meningkatkan penyertaan aktif pelajar perempuan serta berkeperluan khas dalam aktiviti STEM.

Penganugerahan itu merupakan pertandingan global anjuran Cambridge University Press bagi mengiktiraf serta meraikan usaha pendidik di seluruh dunia.

Tahun ini, lebih 7,000 pencalonan dari 113 negara diterima, yang menyaksikan Khalifa disenarai pendek sebagai antara pemenang serantau dari Asia Tenggara, Australia dan New Zealand.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This