PM bertemu empat syarikat gergasi Jepun, tarik pelaburan ke Malaysia

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri sesi bersemuka dengan empat syarikat gergasi Jepun, hari ini dalam lawatan kerja rasmi beliau ke negara matahari terbit itu.

Pertemuan dengan empat syarikat besar di Jepun termasuk Mitsubishi Power itu dirangka bagi menarik minat membuat pelaburan dan mengembangkan perniagaan ke Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, Mitsubishi Power merupakan sebuah syarikat yang berpengalaman dalam industri penjanaan kuasa dan penyimpanan tenaga.

Kata beliau, syarikat itu mereka bentuk dan membina sistem janakuasa di seluruh dunia termasuk terlibat dengan industri gas asli, stim, aero-turbine, geothermal dan PV solar.

“Selain menyampaikan ucaptama pada Persidangan Nikkei 2022, lawatan kerja rasmi saya di Tokyo, Jepun turut dipenuhi dengan jadual padat bertemu dengan syarikat-syarikat gergasi Jepun bagi menarik minat mereka menanam modal dan membesarkan perniagaan mereka di Malaysia.

Baca artikel berkaitan: PM bertemu, tanya khabar Tun Mahathir di Tokyo

“Pagi ini saya menghadiri sesi bersemuka dengan empat syarikat besar di Jepun, antaranya Mitsubishi Power, sebuah syarikat sebuah syarikat yang berpengalaman dalam industri penjanaan kuasa dan penyimpanan tenaga.

“Mereka diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Hideshi Kawamoto serta Pengurus Pemasaran dan Jualan Antarabangsa, Nobuhiro Kawai,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Perdana Menteri berkata, Mitsubishi Power dan THB Power ketika ini sedang bersama-sama membangunkan penyelesaian teknologi terkini bagi loji jana kuasa di Gurun, Kedah.

“Mitsubishi mempunyai lebih 18,000 pekerja di seluruh dunia dan berpangkalan di Yokohama, Jepun.

“Malaysia komited dan mengalu-alukan projek berkualiti tinggi dengan elemen kelestarian seiring matlamat negara mengurangkan kesan gas rumah hijau,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This