ISU rumah tangga Shuk Sahar dan isterinya yang tidak berpenghujung kini dihangatkan lagi dengan video tular di aplikasi Tiktok apabila pemilik akaun @aidi.qusairy dipercayai bekas kekasih wanita itu dikatakan sedang menunggunya.
Menerusi video yang berdurasi 12 saat itu, jelas menunjukkan Sera telah keluar bersama lelaki tersebut. Paling menjadi perhatian adalah kapsyen yang ditulis seakan-akan dia telah menunggu cinta Sera dan bersedia menggantikan Shuk.
“Janda yang paling ku nantikan. Bekas kekasih paling gila. Walau bekas kekasih tetap sayang, kita kawan balik sampai kahwin ok,” tulisnya.
Pada masa sama, video yang sehingga kini telah mencapai jumlah tontonan sebanyak 625 ribu itu mendapat reaksi positif daripada netizen dan beranggapan Sera layak diberikan jodoh yang baik dan menghargainya.
“Bila si suami tidak tahu menghargai, tapi ramai lagi yang menanti untuk menghargai.
“Saya setuju, rampas semula kerana memang milikmu dari awalnya.
“Kalau yang ini saya sokong! Awak rampas dia balik. Buat dia tersenyum kembali setiap hari okay (make her smile again everyday okay).
“Dia dah cantik. Selayaknya dia dapat lelaki yang lebih menghargai dia.
“Saya tolong aminkan. Jangan lama ya. Sera pun berhak dapat kebahagiaan dan dihargai,” seloroh netizen di ruang komen video tersebut.
Status rumah tangga pelakon dan pelawak itu bersama isterinya sehingga kini masih belum diketahui statusnya.
Pun begitu, sebelum ini pada 18 Mac, Sera mengakui hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur namun tidak memperincikan tujuannya ke sana.
Tambahan pula, sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, Sera dan anaknya-anaknya beraya di Sabah tanpa kelibat suaminya itu.
Untuk rekod, Shuk bersama isterinya telah berkahwin pada 2015 serta dikurniakan dua orang anak iaitu Nur Assyifatu Aimi dan Nur Qurratu Ain namun rumah tangga pasangan ini mula goyah apabila Shuk didakwa berlaku curang beberapa kali dengan wanita sama bernama Fara Salleh.

