PERSONALITI televisyen Zakiah Anas yang popular dengan program 999 di TV3 sebelum ini muncul sebagai pembaca berita di Buletin Utama, semalam.
Sempena ulang tahun ke-38 stesen televisyen itu pada 1 Jun ini, seramai 12 personaliti legenda TV3 bakal tampil sebagai pembaca berita jemputan di Buletin Utama.
Tak lekang dek usia, wajah anggun Zakiah itu sememangnya dirindui oleh penonton terutama peminat program 999 bagi edisi 2002 sehigga 2009.

Sebelum bersiaran langsung di Buletin Utama semalam, Zakiah, 55 tahun telah membuat kongsian dalam laman sosial Instagram miliknya sebagai petunjuk kepada peminatnya bahawa dia akan ke udara dalam Buletin Utama.
“Cer teka? Siapa penyampai legenda yang akan bergandingan bersama Khairul Rizuan Azizan dalam Buletin Utama jam 8 malam ini?,” ujarnya dalam ruangan kapsyen.

Peminat dan pengikutnya di ruangan komen sememangnya merindui suara ikonik pengacara tersebut dan kelihatan sangat teruja dengan kehadiranya di kaca televisyen.
“Otai telah kembali (is back).
“Terbaik Zakiah Anas.
“Seronoknya dengar suara dekat tv ni. Lama tak dengar.
“Terima kasih untuk malam ini (thank you for tonight)!!! Suara tak berubah dan manis.
“Seronok tengok berita malam ini, sampai habis!,” luah para peminat dan pengikutnya di ruang komen.
Untuk rekod, Zakiah turut mengendalikan program lain seperti Bincang Petang, Wanita Hari Ini, Majalah 3 seterusnya 999 dan menamatkan kariernya pada 2014 sebagai Eksekutif Kanan di syarikat televisyen itu.

