“Apa Untungnya Saya Tipu…,” – Aeril Zafrel sangkal dakwaan kereta sewa

Dari Penulis

PELAKON dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel baru-baru ini hangat dibincangkan oleh netizen berkenaan kereta baharunya, Lamborghini Aventador yang didakwa bukan dibeli tetapi disewa.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 34 berkata, tiada sebab untuk dia menipu berkenaan rezekinya.

Dia turut memberitahu ada segelintir netizen yang sanggup menghantar mesej langsung (DM) di laman sosial Instagram agar menjelaskan keretanya itu disewa.

“Apa untungnya saya tipu. Dah kereta beli, takkan nak kata sewa pula.

“Apabila saya cakap kereta ini tak nak pakai lama dan nak jual, orang cakap saya pakai kereta sewa. Malah ada beriya-iya DM suruh saya mengaku ia kereta sewa. Untuk apa?

“Saya biarkan saja apa orang nak cakap. Kadang-kadang lucu juga dengan kerenah netizen yang semua perkara nak kena ikut cakap mereka dan seolah-olah mereka saja betul.

“Ada juga yang pertikai kenapa saya beli kereta mahal, kenapa tak beli rumah saja. Tak tahu nak cakap apa lagi. Apa pun, ini semua rezeki Allah dan bersyukur dengan setiap nikmat pemberian-Nya,” katanya memetik Harian Metro.

Suami kepada pelakon jelita Wawa Zainal itu turut memberitahu bahawa dia berasa seronok setelah sebulan menggunakan kereta idamannya itu walaupun pada awalnya mengalami sedikit kesukaran akibat daripada perbezaan dengan kereta-kereta biasa.

“Kereta ini dah hampir sebulan. Cuma, seminggu awal saja nak sesuaikan diri sebab ia tak sama seperti kereta biasa. Cara tekan minyak pun tak boleh sembarangan.

“Alhamdulillah, setakat hari ini pandu kereta ini semuanya okay. Saya dah bawa sampai ke Johor masa pergi beraya hari tu. Sekarang ini dah puas naik, kita hiburkan pula kawan-kawan. Kalau nak jual pun, mungkin dua tahun lebih lagi,” katanya lagi.

Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram milik Wawa pada bulan lepas, Wawa telah menghadiahkan Aeril sebuah kereta berjenama mewah sebagai tanda kasih sayang dan pengorbanan yang dilakukan untuk keluarga mereka.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This