Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi pucuk paku masak lemak udang ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN-BAHAN:
500 gm pucuk paku
300 gm udang
10 tangkai cili padi
2 cm kunyit hidup
1 labu bawang besar
2 batang serai – dititik
1 1/2 cawan santan cair
3 cawan santan pekat

CARA MENYEDIAKAN:
1.Bersihkan pucuk paku dan udang. Ketepikan.
2.Kisar cili padi, kunyit dan juga bawang besar. Kemudian masukkan bahan ke dalam periuk.
3.Selepas itu, masukkan santan cair, serai dan serbuk kunyit. Biarkan mendidih sambil mengacau.
4.Kemudian masukkan udang. Biarkan masak selama 2 minit. Selepas itu masukkan santan pekat dan juga pucuk paku. Perasakan dan biarkan mendidih.
5.Sedia untuk dihidang.

Resipi: Lusiana Katering


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram