Rombakan Kabinet di bawah kuasa Perdana Menteri

Dari Penulis

DESAS-desus berhubung kedudukan Kabinet sama ada kekal atau akan melalui rombakan tertakluk di bawah kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Itu kata Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika namanya dikaitkan bertukar ke Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Memetik laporan BH Online, Mahdzir berkata, Perdana Menteri mempunyai prerogatif sepenuhnya berhubung rombakan atau tidak Kabinet.

“Saya dapat tahu perkara ini pun (dakwaan akan ada rombakan Kabinet) daripada laporan akhbar berbahasa Cina. Apa pun, ini prerogatif Perdana Menteri. Kita serahkan kepada beliau, sama ada mahu buat rombakan Kabinet atau tidak dan mahu letak di portfolio mana,” katanya.

Khabar angin mengenai rombakan Kabinet tercetus susulan keputusan Datuk Zuraida Kamaruddin yang menyampaikan hasrat meletakkan jawatan Menteri Perladangan dan Komoditi, semalam.

Ia selepas Zuraida bertindak keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid beramah mesra serta menyampaikan duit raya kepada anak-anak Rumah Perlindungan Al Haq pada Majlis Mesra Aidilfitri FELCRA Berhad di Wisma FELCRA, Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel berkaitan: Rombakan Kabinet: “Saya rasa tak perlu” – Abdul Hadi

Selain nama Mahdzir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin turut dikatakan akan menerajui Kementerian Luar untuk menggantikan Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar pula dikhabarkan diisi Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican manakala Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan diambil alih Menteri Pembangunan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Semalam, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang memutuskan untuk meninggalkan Bersatu dan menyertai PBM.

Pada masa sama, beliau dalam kenyataan juga memaklumkan akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membincangkan tentang peletakan jawatannya.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan akan terus menyokong kerajaan yang dipimpin Ismail Sabri kerana ia selari dengan pendirian PBM.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penunggang maut dirempuh motosikal ketika lintas persimpangan lampu isyarat

SEORANG penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di persimpangan lampu isyarat jejantas atas Jalan Johor...

More Articles Like This