“SAYA tak dapat maklumat, biasanya kami bincang juga,” kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung soalan mengenai ura-ura rombakan Kabinet tidak lama lagi.
“Bila tidak ada itu (maklumat), tidak ada lah,” jawab Ahli Parlimen Marang itu ringkas kepada wakil media yang menemuinya di Rusila hari ini.
Apabila ditanya pandangan beliau mengenai keperluan rombakan jemaah Menteri seperti yang hangat diperkatakan, Abdul Hadi berkata:
“Sehingga ini saya rasa tidak perlu,” jelasnya sambil memaklumkan yang “menteri-menteri masih menjalankan tugas dengan baik.”
Sekali lagi, kata Abdul Hadi, biasanya Perdana Menteri akan membincangkan hal itu sebelum melakukan rombakan.
“Jika ada keperluan rombakan untuk penambahbaikan, itu terpulang kepada Perdana Menteri.
“Tapi sehingga ini, saya tidak nampaklah,” kata beliau.
Baca: Rombakan Kabinet kuasa mutlak Perdana Menteri – Hishammuddin
Rombakan Kabinet hanya spekulasi, fokus isu banjir – PM
Berhubung soalan mengenai keperluan melantik Timbalan Perdana Menteri, Abdul Hadi berkata:
“Itu terpulang kepada Perdana Menteri. Sebab Perdana Menteri yang jalankan tugas.
“Bukan saya (Perdana Menteri),” katanya berseloroh sambil menegaskan soal itu terpulang kepada Perdana Menteri sama ada memerlukan timbalan atau kekal seperti sekarang.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

